Monday, October 4, 2010

Berrrr

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahhirahmaanirrahim..
Ya Allah, kau permudahkanlah urusan aku, janganlah kau susahkan..
Ya Rahman, kau kasihilah aku, kau tenang dan bukalah akal fikiranku..
Ya Allah, cemerlangkanlah aku dalam peperiksaanku dan hidupku..
Kau berikan pertolonganMu kepadaku dan rakan-rakan, supaya mudah untuk kami berjaya dalam hidup dah di akhirat..
Amin, YaRobbalAlamin..

Aku dalam ketakutan yg sangat.. Doakan ketenangan aku di Dewan Peperiksaan :) Kawan-kawan selamat Berjaya... Anyong :)

Saturday, October 2, 2010

Perhaps

assalamualaikum :) selamat pagi !! mesti pelik, Awalnya minah ni bangon :D HAHA, yeahh nak exam ni kena tidur awal and bangon awal.. kan kan? hurm harini hari ahad, esok isnin, lusa Selasa, my Dior nak dekat dah, nak dekat dah :D tak sabar kot.. bukan ape, lepas ni takde lagi exam kan, tgu SPM pulak, HAHA. takpe, rileks..

Fikiran mesti positif, tenang.. untuk semua, aku doakan :) do our best.. Usaha tangga kejayaan.. aku dah usaha, and aku redha apepun results yg dapat.. Gagal PMR bukan tanda gagal hidup, and paling penting bukan gagal nak Mati.. HAHA, so positif je lah ye :)

Semalam aku study Pendidikan Islam je, Alhamdulillah.. InsyaAllah boleh buat :) Solat sunat dah buat.. adn esok masa untuk tenang kan minda je, Baca Al-Quran, buat Solatsolat Sunat.. and Tawakal.. Hopeless dapat buat yg TERBAIK :)

Rindu di hati siapa yg cari :D buat masa ni Handphone tidak dibenarkan, takut ada kekacauan jiwa pulak kan, so i decide bagi ibu pegang handphone.. :) dengan rela hati okay, lagi pun kredit takde, tak boleh msg dia.. takpe, dia pun perlukan masa untuk study..

Study for the last minit, sebelum nak Exam macam ni, lepas 12/10/2010 kita ENJOY :))) InsyaAllah.

Masa forward +_+

assalamualaikum w.b.t.. salam maghrib :) secara ringkasnya nak bgtahu.. PMR lagi 2 hari.. okay ulang type, 2 HARI !!! Ya Allah, macam tak percaya aku dah semakin meningkat usia remaja nya.. tahun depan dah Form 4.. pejam celik dah nak SPM pulak.. Cehhh tapi yg memeningkan ni, nak amik ape tahun depan? pening kot.. hurm berserah..

Petang tadi, aku gatal sgt tangan nak cari infoinfo teknik.. HAHA, sempatlah usha SMT Taiping, SMT Kuala Kangsar, SMT Lebur Catoh.. Derr macam best je kot, plusplusplus banyak subjects yg aku teringin.. tapi tak tahu lah.. ramai berpendapat aku masuk je SMT/SMV Seri Manjung.. sekolah tu takde subject yg aku boleh handle, so aku takut... tapi, hurm tak tahu lah.. Dila nak Manjung, sbb bagus and ada abang dia, and parents dia pun menggalakkan dia masuk situ, tapi aku nak same dgn dia.. Confuse denn :D apeape lah, janji lepaskan exam PMR ni baru fikir bendabenda ni banyak kali.. kan :)

Korang dah ready ke? aku? tak tahu, tapi macam confident je boleh buat, tgk lah skrg ni, sempat UPDATED BLOG lagi, Choyyyy. atenaten, ape nak jadi :D HAHA..

Bye :) Got to go..