Wednesday, October 15, 2014

Just now..

Gian. Gian menaip datang lagi dalam beberapa minit kemudian. Hahaha!

Tak bukan nak cerita apa sangat, haha hari ni birthday coursemate merangkap housemate merangkap PRS hahaha pembimbing rakan sebaya. Hope sahabat selamanya. Bergaduh manja biasa lah tu, kalau tak bergaduh tak tahu lah perangai masing masing kan. Happy birthday Nur Shayhirah Mohd Sohairi. Doaku padamu sebagai sahabat sentiasa. Cewahhhh ayat puii. 

We are 19 y/o ladies hahahaha

Responsibilities

Assalamualaikum wbt..

Sekian lama blog kesayangan menyepi, kini menaip lagi. Ya Allah, actually dah lupa dah pasal blog tapi baru baru ni perasaan nak menaip membuakbuak. Dont know why, hmm.

Rasanya banyak sangat nak cerita, tapi sekarang krik krik pulak tangan ni nak menaip, maklumlah hahahahaha lama tak menaip. So sekarang dah semester 3 untuk diploma aku ni, diploma nursing. Dapat apa sepanjang pengajian ni, haa tepuk dada tanya sendiri jawab sendiri kannn. Hmm sesungguhnya aku sangat blurrrrrrr.

So title post kali ni sangat lah over'sado' hahaha tiba tiba kan.. Tak sebenarnya aku dalam dok praktikal dekat Hospital ** banyak nooo belajar pasal 'responsibilities' iaitu melayu nya tanggungjawab. Apa yang aku nampak dan rasa hmmmm banyak manusia sekarang tak bertanggungjawab, bukan apa.. aku tak tahu lah sepisis hapa manusia zaman sekarang ni, dia tahu dia buat salah tapi?? Buat donnooo je. Dia tahu kerja dia kena buat itu kena buat ini, tapi boleh past over dekat orang lain kerja dia? Ya allah... jauhkanlah aku dari sikap macam ni.

Harapnya sepanjang aku menjaga pesakit pesakit dekat hospital, hospital mana mana lah kan, jangan lah lepas tanggingjawab. Benda benda kecil tu kita anggap takda apa, tapi sebabkan benda kecil tu lah kita masuk neraka. Aterr tak ke naya?? Contohnya macam, aku sponging 'mandi/bersihkan' pakcik ni and then bila siap kerja aku ada satu makcik ni pulak minta sponging kan suami dia, makcik ni tak larat dek kerana suaminya susah nak bergerak tambahan pula makcik tu kan dah tua.. Ok takpelah aku cakap dekat makcik tu tunggu sekejap. Mintalah tolong sorang kawan ni sponging kan pakcik tu, aku assist je #fairandsquare sebab rasanya dia tak buat lagi sponging. Nampak tak dengan tak malunya suruh orang lain yang buat? Huhuhuuuu

Konklusinya, lepas ni aku harap aku tak berperangai macam tu lagi, dan konklusinya jugak tak nak bagi pening kome membaca hahahaha sebenarnya aku cerita pasal pengalaman aku sendiri. Apa rasanya bila tak bertanggungjawab, yelah sebab makcik tadi tu suruh aku buat kan? Tapi aku minta tolong kawan dan aku menolong je. Balik hostel rasa bersalah sangat sangat!! Tak tahu macam mana nak tebus rasa bersalah ni pun adoyai.......

Tuesday, April 2, 2013

Setahun berlalu....

Assalamualaikum ^__^


Cakkkkkk.. Haha lamaaa takk singgah 'berehat sebentar' dekat sini.. Apa khabar? Alhamdulillah sihat..

Tickkkk tockkk tickkk tockkk...

Enggak tau mahu nulis apa...Hehehe ~__~


Dua ribu tiga belas dah nak masuk lapan belas tahun.. Result SPM pun dah keluar haa. Alhamdulillah semuaa lulus tapi itulah.. Apa yang dihajati tak dapat, salahkan diri sebab mainmain. Haa kan padan muka. Its okay rezeki ada dimanamana.

April 2013 dah masuk tiga bulan plus plus aku berkhidmat dekat Oldtown tu haa. HAHAHAHA berkhidmat sangattttt... Takdelah jadi penganggur terhormat dekat rumah ni haa kann. Hehe tu nampak tak gambar makanan tu, haha itu gambar 1 April lahh. Eden melanje ibu eden makang secret recipe. Sebenarnya diri sendiri yang teringin. Nak ajak siapa lagi pergi manamana kalau bukan ibu yang jadi peneman setia hahahaha.

Anyway, penantian satu penyeksaan!!!!! Muahaha sekarang tengah tunggu panggilan nak sambung belajar balik lahh... Dah bosanggg kerjaaa jee nii. Nak studyy balik ni haa. Gatal. Kalau dah study nanti gatal nak kerja balik. Haa macam tu la manusia kan. Hahaha annyong