Wednesday, October 22, 2014

Khamis 23 Oct 2014

Assalamualaikum

I'm staring at youuu


Selamat subuh, sebelum mandi and get ready ke kelas kita buat new post dulu. Hehehe. Actually dah berapa hari tertangguh nak buat #throwback untuk program motivasi entah apa apa yang aku join sabtu lepas. Muahaha jadi AJK pulak tu, aishhh sabar jelah. Take it easy. Tunggu next post....

Counting a stars.. Ewahh sedap je bunyi nya tu, silap. Counting a day for FINAL EXAM and OSCE!!!! Well esok, jumaat  OSCE pen & paper. Next 28 oct the real one muahahahahaha!!! What a hectic day lah. Time time nak exam, lecturers cuti laa. Hmm dulu masa sekolah kemain nak self study. Now amik kau, rasakan. Hahaha memang padan muka.

Btw, im keep listening to human by c.perri emmmm its soo make me move on. Hahaha

Monday, October 20, 2014

Sangat salah faham

Assalamualaikum wbt

Tak semua orang cakap tu betul. Kau tak tanya, kau dengar bulat bulat apa orang cerita dekat kau. Padahal yang sebenarnya? Astaghfirrullahalazim, kau dengar cakap orang sampai kau tak tegur aku? Selfish nya. Lupa ke apa yang kau cerita dekat aku selama ni? Kalau kau ingat aku suka dekat kau, ya allah tolonglah. Aku bukan jenis nak cepat cinta kan seseorang. Weh nak tulis perkataan cinta tu pun geli apalagi mengalaminya. Sejujurnya, aku memang suka cara kau. Hormat orang walaupun dia buat kau marah. Honest. Aku ni perempuan, manusia pulak.. Ada perasaan lah. Tapi takda lah sampai nak fall in love dengan kawan sendiri.

Niat aku tak lebih dari seorang kawan. Kau buat macam aku suka benor kat kau, bukan aku tak tau kau cerita dekat kawan kau. Hal ni dah macam merendah kan aku, kau pikir tak?

Dulu dan sekarang lain, lain sebab kau percaya apa yang orang cakap dekat kau. Its okay, inilah apa yang aku rasa. Aku tak tahu apa yang kau rasa. Aku dah cuba sehabis mungkin untuk tak timbulkan salah faham apapa tapi, pemikiran orang kita tak tahu.

Sekian, post ni memang aku je sorang paham.


Thursday, October 16, 2014

Wad 2C-Medikal (L)

Assalamualaikum wbt warga warga malaysia, haha

Petang jam 4:45 sekarang, baru balik dari merentas desa haha ecehh merepek. Baru habis kerja, haa propa lebih actually praktikal baru, macam kerja jugak lah cuma kerja nya tak bergaji. Hehehe. Untuk hari ni aku memang penyabar orang nya, banyak sangat lah pancaroba dalam wad 2C tu, lagi lagi kalau ada certain people yang tak membantu, kalau bantu tak ikhlas tu belakang cerita. Kerja dia dengan Tuhan nanti, haa betul tak? Hmm.

Nak dijadikan cerita, dah 4 hari dalam wad lelaki, mujur pesakit dah berumur belaka haha. Majority penyakit diaorang memang erghh tak tahu lah nak cakap, memang bahaya plus sesiapa pun takut nak dekat kecuali 'a nurse and doctor' itu pun kes terpkasa. Hehe opss. Banyak suspect TB (tuberculosis), denggi, merscove (penyakit baru balik mekah tu, err aku tak buat research lagi pasal penyakit tu) and banyak jugak yang susah bernafas. So kalau pesakit susah nafas ni aku memang seram sejuk sikit nak jaga. Bila oxygen therapy nya tak membantu, perghhh aku memang mandi peluh sebab takut pesakit tiba tiba collapse ke. Ya allah takut oiii!! Nyawa orang jangan dibawa main. Tapi alhamdulillah, tadi ada staff nurse yang supporting tu tolong.

Cerita pasal pakcik sacral sore pulak, hmm sore tu meaning macam kita kalau baring je dekat satu katil tak bergerak dalam 2 or 3 hari, so kulit badan kita ni ada tekanan, haa jangan ingat tekanan perasaan je ada, kulit badan kita pun ada tekanan. So bila dah ada tekanan, oxygen tak sampai dekat tisu badan kita ni, mula mula akan merah merah, then merekah dan kalau tak jaga boleh berlubang bernanah semua sebab oxygen takda. Hahaha panjang noo penerangan.
Back to real story, wardmates aku nak tukar pampers pakcik ni tapi aku pulak nak check tekanan darah dia semua semua, so aku check dulu, mulanya memang rasa lain macam sebab pakcik ni static je bila panggil tak buka mata, BP pun rendah, adoi masa tu aku gelabah lagi, panggil senior tengokkan, senior pulak gelabah panggil staff nurse incharge, staff nurse lagi laa gelabah hehe. Check manual bp pulak, memang rendah weh. Doktor pulak mai, fuhh masa tu seram sejuk aku dibuatnya, mata dah berair tapi tahan, cuba tenang, check next patient pulak. Hmm insya Allah takde apapa. Risau jugak teman sebab Pakcik tu nak discharge dah rasanya.

Jumpa lagi tiga minggu wad 2C ye, esok aku masuk wad HDU pulak. Hope takda apapa yang boleh buat aku rasa down huhuhu. Moh ler kita mandi ye, aku menaip sampai hujan pun tak sedar.

Feelings

Wednesday, October 15, 2014

Just now..

Gian. Gian menaip datang lagi dalam beberapa minit kemudian. Hahaha!

Tak bukan nak cerita apa sangat, haha hari ni birthday coursemate merangkap housemate merangkap PRS hahaha pembimbing rakan sebaya. Hope sahabat selamanya. Bergaduh manja biasa lah tu, kalau tak bergaduh tak tahu lah perangai masing masing kan. Happy birthday Nur Shayhirah Mohd Sohairi. Doaku padamu sebagai sahabat sentiasa. Cewahhhh ayat puii. 

We are 19 y/o ladies hahahaha

Responsibilities

Assalamualaikum wbt..

Sekian lama blog kesayangan menyepi, kini menaip lagi. Ya Allah, actually dah lupa dah pasal blog tapi baru baru ni perasaan nak menaip membuakbuak. Dont know why, hmm.

Rasanya banyak sangat nak cerita, tapi sekarang krik krik pulak tangan ni nak menaip, maklumlah hahahahaha lama tak menaip. So sekarang dah semester 3 untuk diploma aku ni, diploma nursing. Dapat apa sepanjang pengajian ni, haa tepuk dada tanya sendiri jawab sendiri kannn. Hmm sesungguhnya aku sangat blurrrrrrr.

So title post kali ni sangat lah over'sado' hahaha tiba tiba kan.. Tak sebenarnya aku dalam dok praktikal dekat Hospital ** banyak nooo belajar pasal 'responsibilities' iaitu melayu nya tanggungjawab. Apa yang aku nampak dan rasa hmmmm banyak manusia sekarang tak bertanggungjawab, bukan apa.. aku tak tahu lah sepisis hapa manusia zaman sekarang ni, dia tahu dia buat salah tapi?? Buat donnooo je. Dia tahu kerja dia kena buat itu kena buat ini, tapi boleh past over dekat orang lain kerja dia? Ya allah... jauhkanlah aku dari sikap macam ni.

Harapnya sepanjang aku menjaga pesakit pesakit dekat hospital, hospital mana mana lah kan, jangan lah lepas tanggingjawab. Benda benda kecil tu kita anggap takda apa, tapi sebabkan benda kecil tu lah kita masuk neraka. Aterr tak ke naya?? Contohnya macam, aku sponging 'mandi/bersihkan' pakcik ni and then bila siap kerja aku ada satu makcik ni pulak minta sponging kan suami dia, makcik ni tak larat dek kerana suaminya susah nak bergerak tambahan pula makcik tu kan dah tua.. Ok takpelah aku cakap dekat makcik tu tunggu sekejap. Mintalah tolong sorang kawan ni sponging kan pakcik tu, aku assist je #fairandsquare sebab rasanya dia tak buat lagi sponging. Nampak tak dengan tak malunya suruh orang lain yang buat? Huhuhuuuu

Konklusinya, lepas ni aku harap aku tak berperangai macam tu lagi, dan konklusinya jugak tak nak bagi pening kome membaca hahahaha sebenarnya aku cerita pasal pengalaman aku sendiri. Apa rasanya bila tak bertanggungjawab, yelah sebab makcik tadi tu suruh aku buat kan? Tapi aku minta tolong kawan dan aku menolong je. Balik hostel rasa bersalah sangat sangat!! Tak tahu macam mana nak tebus rasa bersalah ni pun adoyai.......