Wednesday, October 15, 2014

Responsibilities

Assalamualaikum wbt..

Sekian lama blog kesayangan menyepi, kini menaip lagi. Ya Allah, actually dah lupa dah pasal blog tapi baru baru ni perasaan nak menaip membuakbuak. Dont know why, hmm.

Rasanya banyak sangat nak cerita, tapi sekarang krik krik pulak tangan ni nak menaip, maklumlah hahahahaha lama tak menaip. So sekarang dah semester 3 untuk diploma aku ni, diploma nursing. Dapat apa sepanjang pengajian ni, haa tepuk dada tanya sendiri jawab sendiri kannn. Hmm sesungguhnya aku sangat blurrrrrrr.

So title post kali ni sangat lah over'sado' hahaha tiba tiba kan.. Tak sebenarnya aku dalam dok praktikal dekat Hospital ** banyak nooo belajar pasal 'responsibilities' iaitu melayu nya tanggungjawab. Apa yang aku nampak dan rasa hmmmm banyak manusia sekarang tak bertanggungjawab, bukan apa.. aku tak tahu lah sepisis hapa manusia zaman sekarang ni, dia tahu dia buat salah tapi?? Buat donnooo je. Dia tahu kerja dia kena buat itu kena buat ini, tapi boleh past over dekat orang lain kerja dia? Ya allah... jauhkanlah aku dari sikap macam ni.

Harapnya sepanjang aku menjaga pesakit pesakit dekat hospital, hospital mana mana lah kan, jangan lah lepas tanggingjawab. Benda benda kecil tu kita anggap takda apa, tapi sebabkan benda kecil tu lah kita masuk neraka. Aterr tak ke naya?? Contohnya macam, aku sponging 'mandi/bersihkan' pakcik ni and then bila siap kerja aku ada satu makcik ni pulak minta sponging kan suami dia, makcik ni tak larat dek kerana suaminya susah nak bergerak tambahan pula makcik tu kan dah tua.. Ok takpelah aku cakap dekat makcik tu tunggu sekejap. Mintalah tolong sorang kawan ni sponging kan pakcik tu, aku assist je #fairandsquare sebab rasanya dia tak buat lagi sponging. Nampak tak dengan tak malunya suruh orang lain yang buat? Huhuhuuuu

Konklusinya, lepas ni aku harap aku tak berperangai macam tu lagi, dan konklusinya jugak tak nak bagi pening kome membaca hahahaha sebenarnya aku cerita pasal pengalaman aku sendiri. Apa rasanya bila tak bertanggungjawab, yelah sebab makcik tadi tu suruh aku buat kan? Tapi aku minta tolong kawan dan aku menolong je. Balik hostel rasa bersalah sangat sangat!! Tak tahu macam mana nak tebus rasa bersalah ni pun adoyai.......

No comments:

Post a Comment